Ori vs AP : Beza dan Sama

To all readers and specially to the GUEST;

Pernah tak korang pergi ke kedai untuk beli handphone, then korang boleh pilih sama ada yang AP atau bukan AP. Sebenarnya kalau secara betulnya kedua-dua adalah handphone ORI. Bukan AP disini bukan merujuk kepada tiruan tapi handphone edaran pengedar rasmi. Tapi apa yang membezakan antara kedua-dua handphone ini dan kenapa harga AP lebih murah?


Harga Lebih Murah
Handphone AP biasanya lebih murah daripada handphone yang dijual bawah pengedar zitron ataupun avaxx. Kenapa? Ini adalah disebabkan handphone AP diimport dengan komponennya diceraikan dan dipasang semula selepas import supaya tidak dikenakan duti import. Berbanding dengan handphone zitron atau avaxx yang membawa masuk handphone yang sudah siap dipasang. Oleh itu, handphone jenis ini biasanya dikenakan duti import.

Inilah sebenarnya perbezaan besar antara kedua-dua handphone AP dan Ori.


Dan apalah dihairankan lagi pada masa ini berkenaan perbezaan AP dan Ori, kerana pada tahun 2011 bermulanya pemansuhan duti import keatas semua jenis handphone. Jadi bekalan telefon tidak lagi dibeli secara ceraian. Kesemuanya dibeli dari kilang nokia yang sama.

Warranty
Walaubagaimanapun kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri iaitu tempoh warranty untuk handphone AP mempunyai tempoh lebih lama dari zitron atau avaxx. Warranty bagi AP 18 bulan manakala Ori hanya 12 bulan. Dan untuk handphone edaran pengedar rasmi seperti zitron dan avaxx, jika handphone mengalami sebarang masalah boleh dihantar ke mana-mana Nokia center. Berbeza bagi handphone AP kerana boleh dihantar ke kedai yang di beli sahaja.


Jadi, untuk menjadi seorang pengguna yang bijak kita haruslah bijak untuk membuat sesuatu pilihan yang tepat dalam setiap barang yang kita beli,buat apa membeli benda yang sama dengan harga yang berlainan kan?Oleh itu, kita berhak menentukannya sendiri agar kita menang mengguna dan menang membeli.

P/S: sources 

Any question??Please feel free to Contact Us.. 
TQ


4 comments:

Anonymous said...

thank you mr mike..terjawab dah pertanyaan terima kasih banyak-banyak atas segalanya..

S.H.E said...

most welcome :)

Anonymous said...

mr mike saya ade letak pertanyaan dlm shout mix, ade tak kaedah pembayaran melalui paypal untuk credit card dan juga sekiranya payment tu melibatkan jumlah besar ade deposit ke atau sebagainya? Ade tak phone yg dijual tu sekali dengan package dengan line provider untuk hp yg mahal2 yg ade data charge..mohon penjelasana ye..teruskan usaha anda mendidik pengguna untuk membuat pilihan dan menjadi pengguna bijak..:)

S.H.E said...

@ Sis Anonymous

Buat pengetahuan Sis, buat masa ini peggunaan paypal atau kad kredit masih baru di S.H.E..Mungkin pada masa akan datang, kami di S.H.E akan menyediakn perkhidmatan tersebut kpd pelanggan...Terima kasih kerana memberikan idea dan kami akan terus-menerus berkongsi ilmu bersama followers khususnyaa...Terima kasih

Fill the Form

Order Form / Enquiry Form - Borang Tempahan / Pertanyaan
Name:
Email Address:
Contact Number:
Delivery Address:
Product Name:
Mode of Payment:
Other (please be specific):
Put a website form like this on your site.