Happy Birthday, Bos !




Sejenak mengimbas
Pesanan Sayidina Ali
‘Manusia semua tidur, bila mati baru mereka terjaga’
Lantas manusia berfikir
Bait-bait kata Imam Ghazali cuba ditafsir
‘Ada manusia yang sedang ketawa ria,
Sedangkan kain kafannya sedang di robek-robekan’
Semalam hanya sejarah di  pentas kehidupan
Dan hari ini terus ligat berputar
Esok dan lusa kian menapak lagi
Semakin hampir pada tarikh kematian yang telah dijanjikan…


Umur itu amanah !
Kita bukan Hanzalah yang mencurigai dirinya munafik
Walaupun taqwanya melimpah ruah
Kita bukan Umar al-Khattab
Tegar memukul diri walaupun sedikit berdosa
Kita juga bukan umpama Rabiyahtul Adawiyyah
Sentiasa berkata ‘sesungguhnya istighfarku memerlukan satu istighfar lagi’
Di mana status kita?


Teringat tulisan pujangga
Kita akan temui semula sesuatu di tempat yang kita kehilangannya
Bersatu kita hidup untuk mengingati mati
Ingat mati mampu menjauhi segala derita
Semoga dikurniakan umur yang bermanfaat
Rezeki yang halal dan ilmu yang berguna
Kehidupan yang dirahmati dunia dan akhirat
Salam ulang tahun kelahiran untuk Mr. Anuar Affandy bin Ahmad
Dari kami di pengurusan Shatir Hanzalah Enterprise…








9 comments:

RedVixen said...

HB YA :d

Anonymous said...

happy brthday semoga di panjangkan umur dan dimurahkan rezeki dan semoga SHE maju jaya selamanya ameen!

Anonymous said...

Selamat Hari Lahir semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki dan dilindungi Allah sentiasa...good luck!

Anonymous said...

Assalamualaikum..
Dear Anuar Affandy..

Sanah Helwa Ya Gamil..
Sanah Helwa Ya Gamil...
Sanah Helwa Sanah Helwa..
Sanah Helwa Ya Anuar...

Selamat Hari Lahir ke 27..
Semoga meningkatnya usia semakin byklah tanggungjwb kpd Murabbi & org di sekeliling..
Semoga Allah permudahkan segalannya..
Semoga rezki semakin bertambah & menuju kebahagiaan hidup yg abadi..
Semoga SHE terus berjaya & semakin maju..Ameen Ya Rabbal Aalamiin.

All the Best!Allah Maak~

Anuar Affandy said...

Assalamualaikum....
Firstly terima kasih diucapkan kepada semua warga SHE, terutama yang buat ucapan ni.hehehe
terharu plak bila dapat suprise macam ni.hehehe
Apapun Thanks utk semua dan insyaallah BONOUS korang semua warga SHE akan berlipat ganda tahun ini...hahahaha

Anonymous said...

Bonus yang macam mana ye? Sudi-sudilah untuk sharekan dengan kami ni..hehehe:)

saiazuan said...

thanks for the remind

Anonymous said...

jangan lupa janji SHE...alhamdullillah berita baik tu murah rezeki!

Anonymous said...

Dear Tauke SHE...
Ape2pun kami akan terus menyokong SHE utk berjaya...BONUS tu SHE announce la waktu yg sesuai yer..kami tak memaksa tapi yg paling penting nak tgk Mr.Mike & SHE terus berjaya dulu..Allah Maak:)

Fill the Form

Order Form / Enquiry Form - Borang Tempahan / Pertanyaan
Name:
Email Address:
Contact Number:
Delivery Address:
Product Name:
Mode of Payment:
Other (please be specific):
Put a website form like this on your site.